Jumaat, 19 Julai 2013

Akan Ku terus Ketuk Pintu Tuhanku

Assalamualaikum....

Entri kali ni saya nak kongsikan satu puisi ngan sahabat semua. Puisi ni saya dapat masa ade satu majlis kat UNIMAS, saya x ingt majlis ape sbbnya masa saya tahun 1 kat UNIMAS lagi. 

Masa saya dengar puisi ni dideklamasikan, hati saya dirundung sedih. Tak tau lah kalo korang sedih ke x...hehe

ok ni puisinya....

Akan Ku terus Ketuk Pintu Tuhanku
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin-

akan kuterus ketuk pintu Tuhanku
menangis dan mengadu
tentang dunia yg penuh sendu
di kala mata2 sdg lesu beradu.. aku
aku kuseru nama-Mu
di penjuru waktu
yg sunyi dan sendu
akan kuterus ketuk pintu Tuhanku
sekalipun tanganku penuh debu
sdg kutahu pintu itu
spt susu dan salju
kerna ku tahu Tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunan-Nya meliputi segala
akan kuterus ketuk pintu Tuhanku
tanpa jemu tanpa malu
selagi aku memanggilnya
Dia maha tahu
aku hanya seorang hamba
ada dosa ada pahala
namun Dia Yang Maha Menyayangi
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana kerana dia Tuhan Ar-Rahman
sedangkan aku
aku insan yg penuh kedaifan
akan kuterus ketuk pintu Tuhanku
mengadu dlm sayu dan sendu
merintih tentang dunia yg letih
jangan aku dikau sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yg kotor mohon dibersih
terimalah…
terimalah istighfar dan tasbih
kerna aku

kan ku ketuk pintu tuhanku


haaaa...sedih ke x?...ok jumpa lg, assalamualaikum :)

Ujian Tanda Allah Sayang :)

Assalamualaikum...


dah lama rasa xde entri baru dalam blog nih...biasa la busy dengan kehidupan harian hingga kadang2 terlupa yg saya ni ade blog.entri kali ni just nak share luahan rasa je ngan pembaca semua. yela kan dalam kehidupan seharian x dinafikan kita sebagai hamba Allah memang akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian mengikut tahap iman masing2.


dalam x disedari dah hampir 23 tahun saya hidup di muka bumi ni dan kadang2 saya rasa lemah dengan dugaan yg mendatang. tapi saya tahu Allah tu sentiasa ada utk hamba-Nya. so, buat sahabat2 di luar sana, janganlah kita mudah berputus asa dengan dugaan hidup kerana hidup ini sebuah perjuangan. janganlah kita sangka Allah x sayang kita, Allah x pandang kita sbb bagi kita ujian yg berat2. sedangkan itulah tandanya Allah sayang sbb Allah nak dengar rintihan hati kita, Allah nak kita mengadu hanya kepada-Nya. 


lagi2 di bulan ramadhan yg mulia ini, eloklah kiranya kita banyakkan minta ampun dan berdoa kepada Allah supaya diberikan keampunan, rahmat, dan dijauhkan drpd segala mara bahaya dan azab api neraka. doa saya utk sahabat2 semua, semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan kita di dunia dan di akhirat sana. amiinn...

Khamis, 19 April 2012

CoReTaN RaSa

(`'•.¸ •.¸ﷲ¸(`'•.¸ •.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…..
Lembaran tinta ini bermula
Dengan pena keinsafan yang penuh tawadduk
Bukanlah kuingin mencoretkan
Seribu kata-kata indah bermadah sang pujangga
Cuma secebis rasa seorang hamba yang kehausan…
Kehausan kasih dan cinta Ilahi
Bagaikan mujahid di padang pasir…

Dalam meniti usia yang semakin hampir
Meninggalkan pesona dunia
Diri ini seakan tidak menyedari
Bekalan masih belum sempurna
Masih belum terisi
Dengan sebekas iman dan taqwa
Untuk menempuhi perjalanan panjang
Menemui Sang Pencipta Agung

Walau diri ini tahu dan mengerti
Betapa nikmat Ilahi itu
Tidak terhitung dengan jari jemari
Bahkan dengan selautan dakwat
Untukku coret di kanvas hati
Namun…
Syukurlah Dia masih setia
Menyayangi, mengingati, dan menuntuniku
Dengan segaris cahaya hidayah
Buat penyuluh tika aku teraba-raba
Dalam kegelapan dunia
Dan juga dalam selimut dosa
  
Hamba yang khilaf ini
Seringkali mengharapkan
Titisan embun keimanan dan ketaqwaan
Sentiasa segar dalam diri
Sentiasa menyelimuti diri
Sentiasa mengawasi
Dan…sentiasa menjadi  kekuatan hakiki
Buat diriku mengharungi lautan dunia
Yang penuh gelora maksiat
Dan ribut dugaan…
Yang  tidak putus-putus
Kunjung tiba…

Sesungguhnya Ya Allah…
Hanya pada-Mu tempat mengadu
Menangisi nasib diri
Di sepertiga malam
Ku sujud penuh rasa kehambaan dalam diri
Mohon diterima taubat hamba-Mu yang hina ini
Ampuni segala silap dan salah
Dan dikurniakan secebis benih maghfirah-Mu
Buatku semai dengan baja istiqamah, tawadduk, dan ikhlas
Agar bisa tumbuh menjadi sepohon  akhlak mulia
Yang menghiasi dalam diri
Sang mujahidah perindu sepi…
(`'•.¸ •.¸ﷲ¸(`'•.¸ •.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) 


Sabtu, 7 April 2012

SeTiTiS TiNta SeORaNg HaMBa



`'•.¸ •.¸ﷲ¸(`'•.¸ •.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) ♥•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•(`'•.¸ •.¸ﷲ¸(`'•.¸ 

Bismillahirrahmanirrahiim...
buat sahabat sekalian...hayatilah bait kata-kata yang terhias indah ini...
moga dapat memberi secangkir motivasi dalam mengharungi samudera kehidupan...

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian daripada kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan2 orang yang menyakiti kita.

Tidak mudah bangkit dalam keadaan yg lemah
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya
Agar kita sentiasa tabah dan kuat

Tidak  mudah memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa indah ketika kita dapat membahagiakan orang lain
Agar diri akan terasa lebih bahagia

Tidak mudah memaafkan ketika kita dibenci dan dihina
Tapi akan terasa indah jika itu adalah sebahagian daripada penyucian diri
Agar diri kita ikhlas dalam menggapai redha Ilahi

Tidak mudah melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita

Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengecapi kebahagiaan yang diberikan oleh Allah sebagai penggantinya

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa indah ketika menyedari
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat                                                  

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang mendera
Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hamba-Nya
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya

 

˙·٠•●❤ sesungguhnya setiap apa yang Allah timpakan ke atas kita, itu tandanya Allah masih mengasihi kita dan mahu kita menjadi hamba yang berfikir dan bersyukur˙·٠•●❤

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

 

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~


*♥* Andai ujian bertamu , hidangkanlah santapan 'Ikhlas dan Sabar.' Supaya tetamu tersebut terasa 'senang' kerana baik atau susah tetap 'tetamu' yang datang dari Allah *♥*

`'•.¸ •.¸ﷲ¸(`'•.¸ •.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) ♥•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•(`'•.¸ •.¸ﷲ¸(`'•.¸