Jumaat, 19 Julai 2013

Akan Ku terus Ketuk Pintu Tuhanku

Assalamualaikum....

Entri kali ni saya nak kongsikan satu puisi ngan sahabat semua. Puisi ni saya dapat masa ade satu majlis kat UNIMAS, saya x ingt majlis ape sbbnya masa saya tahun 1 kat UNIMAS lagi. 

Masa saya dengar puisi ni dideklamasikan, hati saya dirundung sedih. Tak tau lah kalo korang sedih ke x...hehe

ok ni puisinya....

Akan Ku terus Ketuk Pintu Tuhanku
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin-

akan kuterus ketuk pintu Tuhanku
menangis dan mengadu
tentang dunia yg penuh sendu
di kala mata2 sdg lesu beradu.. aku
aku kuseru nama-Mu
di penjuru waktu
yg sunyi dan sendu
akan kuterus ketuk pintu Tuhanku
sekalipun tanganku penuh debu
sdg kutahu pintu itu
spt susu dan salju
kerna ku tahu Tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunan-Nya meliputi segala
akan kuterus ketuk pintu Tuhanku
tanpa jemu tanpa malu
selagi aku memanggilnya
Dia maha tahu
aku hanya seorang hamba
ada dosa ada pahala
namun Dia Yang Maha Menyayangi
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana kerana dia Tuhan Ar-Rahman
sedangkan aku
aku insan yg penuh kedaifan
akan kuterus ketuk pintu Tuhanku
mengadu dlm sayu dan sendu
merintih tentang dunia yg letih
jangan aku dikau sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yg kotor mohon dibersih
terimalah…
terimalah istighfar dan tasbih
kerna aku

kan ku ketuk pintu tuhanku


haaaa...sedih ke x?...ok jumpa lg, assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan