Assalamualaikum....
Entri kali ni saya nak kongsikan satu puisi ngan sahabat semua. Puisi ni saya dapat masa ade satu majlis kat UNIMAS, saya x ingt majlis ape sbbnya masa saya tahun 1 kat UNIMAS lagi.
Masa saya dengar puisi ni dideklamasikan, hati saya dirundung sedih. Tak tau lah kalo korang sedih ke x...hehe
ok ni puisinya....
Akan Ku terus
Ketuk Pintu Tuhanku
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin-
akan
kuterus ketuk pintu Tuhanku
menangis
dan mengadu
tentang
dunia yg penuh sendu
di
kala mata2 sdg lesu beradu.. aku
aku
kuseru nama-Mu
di
penjuru waktu
yg
sunyi dan sendu
akan
kuterus ketuk pintu Tuhanku
sekalipun
tanganku penuh debu
sdg
kutahu pintu itu
spt
susu dan salju
kerna
ku tahu Tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang
datang menyeru
sekalipun
dosa memenuhi angkasa
namun
keampunan-Nya meliputi segala
akan
kuterus ketuk pintu Tuhanku
tanpa
jemu tanpa malu
selagi
aku memanggilnya
Dia
maha tahu
aku
hanya seorang hamba
ada
dosa ada pahala
namun
Dia Yang Maha Menyayangi
limpahan
kemaafan tiada tepian
kerana
kerana dia Tuhan Ar-Rahman
sedangkan
aku
aku
insan yg penuh kedaifan
akan
kuterus ketuk pintu Tuhanku
mengadu
dlm sayu dan sendu
merintih
tentang dunia yg letih
jangan
aku dikau sisih
dari
kurniaan nikmat kasih
diri
yg kotor mohon dibersih
terimalah…
terimalah
istighfar dan tasbih
kerna
aku
kan
ku ketuk pintu tuhanku
haaaa...sedih ke x?...ok jumpa lg, assalamualaikum :)