Sabtu, 7 April 2012

SeTiTiS TiNta SeORaNg HaMBa



`'•.¸ •.¸ï·²¸(`'•.¸ •.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) ♥•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•(`'•.¸ •.¸ï·²¸(`'•.¸ 

Bismillahirrahmanirrahiim...
buat sahabat sekalian...hayatilah bait kata-kata yang terhias indah ini...
moga dapat memberi secangkir motivasi dalam mengharungi samudera kehidupan...

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah sebahagian daripada kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan2 orang yang menyakiti kita.

Tidak mudah bangkit dalam keadaan yg lemah
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya
Agar kita sentiasa tabah dan kuat

Tidak  mudah memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa indah ketika kita dapat membahagiakan orang lain
Agar diri akan terasa lebih bahagia

Tidak mudah memaafkan ketika kita dibenci dan dihina
Tapi akan terasa indah jika itu adalah sebahagian daripada penyucian diri
Agar diri kita ikhlas dalam menggapai redha Ilahi

Tidak mudah melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita

Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengecapi kebahagiaan yang diberikan oleh Allah sebagai penggantinya

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa indah ketika menyedari
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat                                                  

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cubaan yang mendera
Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hamba-Nya
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya

 

˙·Ù •●❤ sesungguhnya setiap apa yang Allah timpakan ke atas kita, itu tandanya Allah masih mengasihi kita dan mahu kita menjadi hamba yang berfikir dan bersyukur˙·Ù •●❤

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

 

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~


*♥* Andai ujian bertamu , hidangkanlah santapan 'Ikhlas dan Sabar.' Supaya tetamu tersebut terasa 'senang' kerana baik atau susah tetap 'tetamu' yang datang dari Allah *♥*

`'•.¸ •.¸ï·²¸(`'•.¸ •.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) ♥•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•(`'•.¸ •.¸ï·²¸(`'•.¸

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan