Selasa, 1 Februari 2011

RaSa HaTi iNi..

Bila bercerita tentang ayah pasti hati ini rasa sedih yang teramat sangat. Aku sememangnya tidak dapat nak menahan air mata daripada jatuh lebih-lebih lagi bila aku dengar lagu "Ayah" nyanyian kumpulan Aeman. Tidak semua orang dalam dunia ni yang dapat bersama ayah mereka hingga ke akhir hayat dan beruntunglah mereka yang dapat kasih sayang ayah mereka. Aku tahu tidak sepatutnya aku menyesal dengan takdir Ilahi tetapi hati aku terlalu sedih bila mengenangkan semua ini. Mana mungkin tika aku baru nak meningkat dewasa dan merasai hidup di perantauan ayahku pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Tidak dapat aku gambarkan perasaan adikku yang masih kecil tentang ketiadaan ayah kami.Kadang-kadang aku tak mampu nak dengar cerita sahabatku tentang kebaikan ayah mereka dan aku hanya mampu menangis di dalam hati supaya mereka tak rasa bersalah.Kadang2 aku pelik dengan sesetengah orang yang tak tahu menghargai kewujudan ayah di sisi mereka, mungkin setelah kehilangan baru mereka nak menyesal.Pernah suatu hari ketika di sekolah, guru kaunseling menjemputku untuk memberi sedikit motivasi kepada pelajar2 biasiswa. Ketika guruku menyebut tentang ayah aku rasa sebentar lagi air mataku pasti jatuh, dan seperti yang aku jangka air mataku tumpah ketika aku memulakan bicara. Aku tak dapat menahan rasa sedih yang mencengkam sanubari ini bila soal hidup dan ayahku diungkit-ungkit. Mungkin orang akan cakap aku ni terlalu emosional tetapi mereka tak rasa kesedihan aku yang terpaksa merelakan pemergian ayahku di saat aku teramat memerlukannya di sisi. Selepas aku mendapat tawaran untuk ke Unimas, hatiku semakin dicengkam kepiluan kerana ayahku tidak sempat melihat aku melangkah ke universiti kerana itulah impian ayahku sejak aku bersekolah rendah lagi. Ayahku mahu aku melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang tertinggi supaya dapat membantu keluargaku kelak. Kini, setelah aku masuk ke semester 2 di Unimas aku masih teringat kata2 ayahku dan akan aku pegang hingga akhir hayat. Apa yang aku mampu lakukan sekarang hanya berdoa pada Allah supaya diampunkan dosa arwah ayahku yang telah lalu dan dipertemukan kami di syurga nanti. Sesungguhnya, kesedihan hati ini hanya aku dan Allah yang tahu. Pesananku buat sahabat di luar sana yang masih mempunyai ayah, hargailah mereka selagi mereka masih di sisi kamu semua kerana kita tak tahu bilakah ayah kita akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Apa yang aku coretkan di sini hanyalah untuk meringankan beban di hati ini yang kadangkala merunsingkan fikiranku yang dah sedia runsing ni. Nak buat macam mana aku hanya seorang insan biasa yang tahu erti rasa sedih tu malah aku juga rasa cemburu bila tengok orang lain begitu erat hubungan dengan ayah mereka. Harapanku moga Allah kuatkan hati nuraniku agar aku dapat teruskan hidup ini walaupun tanpa kehadiran seorang ayah di sisiku. Moga arwah ayahku ditempatkan di kalangan orang2 yang beramal soleh..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan