Isnin, 31 Januari 2011

Al- Fatihah

Antara fadhilat membaca Al-Fatihah:
1. Menggamit ingatan seseorang (suami, isteri, anak-anak dan keluarga) terhadap kasih sayang dan tanggungjawabnya kepada diri anda dan keluarga.[Baca 14kali sebelum tidur]

2. Mengubati penyakit-penyakit dalaman.
[Baca 41kali dan tiupkan ke dalam air minuman. Minum dan gunakan untuk mandian.]3. Untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mentaliti.[Baca 7kali apabila kepala seseorang rubbing pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali setiap hari tanpa henti.]4. Apabila terasa sangat sakit.[Baca 3kali dan tiupkan ke dalam air dan minum. Kemudian baca al-Fatihah ketika rubbing di bahagian yang terasa sakit.]5. Untuk bayi yang sering menangis pada waktu malam.[Baca 7kali di bahagian kepala bayi]

Kesemua di atas, InsyaAllah akan berkesan jika apa yang kita lakukan adalah mengharapkan keberkesanan daripada-NYA dan mempercayai bahawa surah Al Fatihah adalah penawar bagi segala-galanya. Baca dengan khusyuk dan bertawakal kepada ALLAH… Yang penting adalah niat kita; yakin dengan ketentuan Ilahi dan apa yang kita lakukan.

JoDoH PeRtEmUaN di TaNgaN TuHaN...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah  itu Maha Mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.

Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...`

Sabtu, 29 Januari 2011

NuKiLaNkU...

PERSAHABATAN
Persahabatan itu umpama lautan
Kadangkala tenang Kadangkala berombak
Namun hubungan ini harus dijaga
Disulami dengan memori Suka dan duka
Kerna tanpa wujudnya
Insan bernama sahabat
Hidupmu pasti sepi
Yang ada hanya kasunyian
Mencengkam sanubari Saban hari
Dalam kamus hidupu
Sematkan di hati
Erti persahabatan hakiki
Yang harus diingati dan dikenangi
Hingga akhir usia ini
Munajatlah pada Ilahi
Agar diberi ketabahan hati
Dalam menempuh ranjau hidup ini
Bersama insan sejati
Yang tulus menyayangi
Dan semoga dirahmati

13 CARA MUDAH UNTUK KOSONGKAN FIKIRAN YG BERSERABUT

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah di bawah ini untuk menenangkan fikiran anda.
1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?
5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.
6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.
8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.
9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.
10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.
13. Buat 
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!


TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA DAN KELETIHAN

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/”breathe- in” and exhaling/”breathe- out”?).
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it’s not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/”heat” and the left side represents the moon/”cold” .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Jumaat, 28 Januari 2011

RAHSIA TANDATANGAN

1.Satu garisan di bawah tanda tangan

Seorang yang sangat yakin 

Ada personaliti yang hebat 

Agak mementingkan diri sendiri 

Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu 

2. Dua titik di bawah tanda tangan

Anda romantik 

Mudah bertukar pasangan macam tukar baju 

Memilih kecantikan (bagi lelaki)

Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping 

3. Satu titik di bawah tanda tangan 

Anda kelihatan mudah dan tenang 

Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati 

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan 

Seronok dengan kehidupan 

Ikut gaya dan cara sendiri 

Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain 

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama 

Anda sentiasa berusaha supaya smart 

Suka berselindung 

Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup 

Yakin dengan kebolehan diri sendiri 

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak 

Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir 

Anda cepat menukar pandangan dan idea 

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung 

Seorang yang sangat prihatin 

Tidak pentingkan diri sendiri 

Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain 

Seorang pemikir 

Seorang yang mudah serik 

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas 

Seorang yang sangat baik 

Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan 

Tegas dengan pendapat sendiri 

Ada semangat yang tinggi 

KEPENTINGAN HARI ASYURA (10 MUHARAM)

Asyura: berasal daripada kalimah bahasa arab iaitu As-syurr yang bermaksud yang ke-10.
-disunatkan berpuasa pada 10 muharam atas tanda bersyukur kerana:
            *mengikut sunnah nabi musa yang telah berpuasa pada hari tersebut kerana telah bebas
              daripada cengkaman firaun yang ingin membunuhnya.
            *Rasulullah saw juga mengajak kita ikut berpuasa.
            *jika kita berpuasa dengan ikhlas kita akan mendapat pengampunan Allah 
              yang sangat besar.
-ada riwayat yang menyuruh kita berpuasa pada 9, 10, dan 11 muharam tetapi ada juga  riwayat yang menyuruh kita berpuasa pada 9 dan 10 muharam sahaja.

amalan khurafat yang biasa berlaku dalam masyarakat kita:
*mandi pada hari asyura kerana mereka beranggapan siapa yang mandi pada hari itu tidak akan  
  sakit selama bertahun-tahun.
*solat sunat asyura yang tiada niat khusus
*memakai celak kerana percaya mereka tidak akan sakit pada hari itu dan selama-lamanya.
*membuat bubur asyura dan hanya menunggu hari asyura sahaja untuk membuatnya.
*membaca doa awal malam dan doa akhir malam.

Kesimpulan
-Hendaklah kita berfikir kembali tentang ajaran Rasulullah
-kita disunatkan banyak berpuasa dalam bulan muharam
-amalan yang sunat dapat membebaskan kita daripada kejahatan dan amalan yang wajib 
 dapat mendekatkan kita kepada Allah dan neraka tidak akan menyentuh kita di akhirat nanti.


USRAH DAN MATLAMATNYA

1.Pengenalan usrah:
Usrah dalam bahasa arab ialah keluarga .
Maksud perkataan usrah dalam pengertian kita ialah kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu muslim)yang beriman dengan agama Allah swt, berusaha tolong menolong antara satu sama yang lain untuk memahami dan menghayati islam.
Bilangan kehadiran adalah terhad diperingkat-peringkat tertentu, seperti peringkat majlis syura, ahli-ahli jawatankuasa ulama, dan lujnah-lujnah.

2.Tempat usrah:
Usrah boleh diadakan sama ada di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid , di surau, di musalla atau sebagainya.

3.Tujuan usrah:
a)Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap islam terhadap satu-satu masalah
b)Menambahkanpenghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran islam secara peribadi dan Jemaah.
c)Membina satu generasi islam yang mengenali islam sebagai “Din wa Daulah” , menghayatinya di dalam kehidupan peribadi , menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkan nya sebagai system hidup dalma keluarga, masyarakat dan Negara.
d)Membina generasi islam yang menegakkan akhlak islamiyyahdi dalam kehidupan dirid an sensitif terhadap segala perkara yang tidak islamik.
e)Membina generasi islam yang insaf dan sedar akan cabaran dan godaan yang berbagai bentuk yang mengancam kemurnian islam.
f)Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya.
g)Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-quran dan al-sunnah.
h)Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah swt , demi untuk mencari keredhaannya, mengharapkan pahala dan merasa gerun dengan seksaannya , bukan kerana segan dengan naqib usrah atau kumpulannya tetapi kerana ketaatan kepada Allah swt. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niatnya kemudian diikuti dengan amalannya sekalipun tanpa arahan dari sesiapa.
i)Menggiatkan dan menyelaraskkan usaha mempelajari dan memahami islam di kalangan anggota.
j)Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk islam demi kepentingan gerakan islam.
k)Memelihara organisasi dari dimasuki pemikiran yang keliru , sumbang dari musuh.
l)Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.


4.Pelaksanaan usrah
a)Usrah diadakan pada tiap-tiap minggu atau tiap-tiap dua minggu sekali dan merupakan program tarbiyyah yang tetap.
b)Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib @ naqibah.
c)Sembahyang berjemaah , berwiriid, membaca al-quran adalah rukun utama majlis usrah.
d)Sebaik-baiknya majlis usrah adalah mengikut cara berikut :
e)Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan di maklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
f)Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil suatu rumusan yang menjadi pegangan kepada semua dan usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan . perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit , sekiranya tajuk perbahasan memerlukan kepada pandangan pimpinan yang lebih tinggi , maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam Jemaah.
g)Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
h)Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar Negara.
i)Usrah dikehendaki bersurai sekitar jam 11 malam , sesudah membaca tasbih kafarah dan surratul Al ‘’asr.

5.Adab-adab usrah
a.Mengikhlaskan niat hanya kerana Allah swt.
b.Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah.
c.Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan.
d.Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan , bersih, suci serta sempurna.
e.Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syari’e , hendaklah segera memberitahu kepada naqib atau naqibah sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah.
f.Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup menunaikannya.
g.Mendahului majlis dengan membaca al-fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad saw.
h.Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib @ naqibah.
i.Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar.
j.Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu bersifat tenang dan serius.
k.Jangan banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan , bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
l.Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis, ini kerana keluar tanpa meminta izin adalah sikap orang munafiq.
m.Jangan sekali-kali bertengkar kerana ia merenggangkan ukhuwah.





2 SEBAB WANITA MASUK NERAKA

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Sedang memasak gas habis. Kita mungkin berkata "****** punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah

menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit.
 Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan  yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang..

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"


Khamis, 27 Januari 2011

ntah pape jer...

kul 3 td aku gi jmpe lecturer utk hubungan etnik sbb nak hantar draf assignment. mmg agak berdebar gak la ble nak jmpe lecturer ni..ntah la aku pun x tau nape...huhu...cite psl asgment td kn..hurmmm, lecturer tu ckp byk yg perlu diperbaiki sbb assignment aku tu x bpe detail sgt. so, aku kena wat yg baru la kn...huhu...dah la nk cari mklumat tu agak susah cket..ish...tp aku harus buat yg terbaik supaya x jejaskan aku punye markah nt..mase aku nak kuar aku  nmpak kelibat seseorg yg mmg aku knl...hurmmmm, sape lg kan kalo bkn dia..alamak, nape la leh jmpe kt situ plak kn..kwn aku ckp dh jodoh...hehe..ade2 jer dia tu..huhu.....haha...lps ni aku nak gi klas ebx plak kt dk..smlam ade khabar angin mengatakan klas ebx batal tp tup2 arini diorang kata ade plak...aisshhhh..ok la aku pun dah merepek byk sgt ni...penat plak tgn aku nk menaip ni...hehe...cukup la utk this time...ape yg aku tulis ni sumenyer ikhlas dri ati aku. so, see u nex tme....
salam..=)

DOA KUDUSKU KEPADA SANG PENCIPTA

Ya Allah…
Hamba bersujud menyembah-Mu
Yang tiada sekutu bagi-Mu
Doa kupohon ke hadrat-Mu
Moga diberi ketenangan hati
Yang hakiki
Ya Rabbul Kudus
Kau siramilah jiwaku
Dengan cahaya petunjuk-Mu
Baluti rasa gelisahku dengan maghfirah-Mu
Ya Rabbul Izzati
 Berikan daku kekuatan
Sebanyak buih di lautan
Bukalah pintu rahmat seluas-luasnya untukku
Ya Rabbul Jalil
Titiskan dunia batinku
Dengan titisan haruman iman
Tegakkan tiang hidupku
Dengan tiang agama-Mu
Agar bisa aku mentaati-Mu
Ya Allah Ya Tuhanku
Bajai rindu ini
Hanya untuk Engkau dan Rasul-Mu
Jadikanlah aku seorang perindu syurga
Yang sentiasa mencintai solat dan al-quran
Agar aku beroleh kebahagiaan
Di negeri yang abadi


LUAHAN HATI INI...

Andai dapat kuundur kembali masa yang lalu
Pasti tidak aku biar hati ini terpaut padamu
Pasti aku lontarkan jauh-jauh rasa cinta yang hadir untukmu
Kerana aku tidak kuat untuk menghadapi saat kehilanganmu
Tidakkah kau tahu perasaan cinta ini terlalu suci buat aku
Tidak ingin aku cemarinya dengan air mata sedih ini
Betapa jiwa wanitaku amat terseksa dengan hakikat ini
Kau tidak pernah tahu….
Mencintaimu dalam diam sesuatu yang amat menyakitkan
Namun….aku hanya seorang wanita….
Tidak mampu menolak ketentuan takdir
Jika dirimu bukan tercipta untukku
Aku hanya mampu berserah
Aku harap suatu hari nanti kau mengerti jua
Hakikatnya cinta ini hanya untukmu
Separuh jiwaku pergi bersamamu
Memori bersamamu akan kuabadikan di sanubariku
Sebagai kenangan terindah dalam hidup ini
Sesungguhnya….ingin sekali aku menyulam
Hamparan kasih bersamamu
Namun….takdir tidak menyebelahiku
Doaku semoga tabah jiwaku atas ketentuan ini
Juga…..moga kau temui cinta sejati buat pelengkap hidupmu

hari ni....

hari ni hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. ari ni aku ada 1 kelas jer iaitu personality development...hurmmmm, nath ape plak yg akan berlaku pd ari ni.. aku hanya mampu berdoa pd Allah semoga semuanya akan berjalan dgn lncr..cuaca ari ni pun nmpak cm ok jer...huhu bgusla kan.kdg2 kan aku x tau ape yg aku nak sebenarnya dlm hidup..yela manusia ni mmg sentiasa berubah-ubah personaliti dia.. ckp psl personaliti ni kan, aku nk share cket ngn korg psl personaliti aku pd mse aku kecik n ble dh dewasa ni mmg berubah la..x bnyk pun msti berubah cket kn..korg nk tau x mse aku kecik aku ni pndiam taw..aku mmg susah nk brkwn ngn org apatah lagi nk rapat ngn org tu..hurmmm ntahla aku pun x tau nape...mmg aku ade keinginan nk brkawan tp aku x tau cm ne mulakan hbgn tu. mase aku skola rndh dlu pun aku xde self confident pun. maybe ni berkait rapat ngn keturunan kot...hehe...aku agak jer...tp ble aku msuk skola menengah sikap pendiam aku tu still ade tp dh kureng cket la...
mse tu aku leh gak nk mulakan persahabatn ngn kwn bru kt skola tu...pe aku nk tulis td ek??( lpe plak)...hehe...
hurmmm, hidup ni mmg sentiasa perlukn perubahan tp msti la perubahan yg positif kn...kalo yg negatif tu baik elakkan...cukup la stakat ni aku berceloteh pagi2 ni sblm aku gi klas kn...hihi...aku ni mmg sentiasa byk idea nk mengarang...biase la org sastera kn...ok..
nex time aku cite lg..

KISAH RASUL: ADAM DIARAK MALAIKAT 100 TAHUN


PADA suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.  Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.  Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.  Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi.
Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku." 
Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia." Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."

Tanah bagaimana dijadikan Adam?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan Monday, August 23, 2010
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if



Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan     manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya. 
Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia. Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".  Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).  Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".  Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.  Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.  Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan.  Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

BUDAYA ISLAMIC COUPLE



Seringkali kita memahami bahawa amalan bercouple ini merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja. Asal memasuki alam remaja sahaja, mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai hidup mereka agar indah.

Perasaan akan dilayan, disyahdukan, malah diindahkan dengan sayang-menyayangi antara pasangan lelaki dan perempuan ini. Mereka, remaja ini menganggap bahawa amalan bercouple dapat memberi kesan positif terhadap hidup mereka seperti mampu memberi semngat untuk belajar, menceriakan kehidupan, mempunyai tempat untuk melepaskan kasih sayang, dan juga sebagai tempat untuk menuai perasaan cinta yg berbuah.

Namun, adakah amalan bercouple ini tidak diselidiki oleh para remaja ini dari perspektif Islam? Adakah mereka tidak menyedari apa2 kemusykilan berkaitan amalan ini? Menghairankan, sewajarnya setiap individu remaja Islam yang berpendidikan harus merujuk setiap tindakan mereka secara Islamic, bukannya tahu merodok sahaja apa yang dirasakan indah dan menyeronokkan…

Dalam komik yang saya sertakan ini (yang saya terima daripada seorang sahabat), diselitkan sindiran mengenai tindakan pasangan remaja yg menganggap segala yang dilakukan mereka bertepatan dengan syariat Islam. Akan tetapi, mereka tidak menyedari yang diri mereka sudah dikaburkan dengan helah syaitan yg sentiasa cuba menyesatkan anak Adam. Mereka bercouple kononnya cara Islamic, tetapi mereka tidak perasan yang cara mereka tetap dikategorikan sebagai zina. Memang dilihat penuh kebaikan, niat mereka juga baik. Tapi ingatlah, niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil.

“…dan (juga) kaum Ad & Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam” (Surah Al-Ankabut : 38)

Couple itu adalah sebahagian drpd zina. Ini dibuktikan di dalam Firman Allah yang bermaksud : “dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yg buruk”(Surah Al-Isra’ : 32)

Kenapa couple dikatakan sebahagian daripada zina? Zina ini ada banyak perkara: Zina tangan, zina kaki, zina mata, zina lidah, zina telinga, malah yang paling tidak dpt dielakkan ialah zina hati.
Rasulullah bersabda : mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia.


Hakikatnya, macam mana kita lakukan sekalipun untuk meng’islamic’kan hubungan couple ni, kita tetap tidak dapat elakkan daripada zina hati.

Justeru, adakah anda ingin mengekalkan amalan berkapel ini sebagai satu tradisi golongan remaja dan seterusnya hanyut dalam lautan zina yang ditenggelamkan ombak pengaburan syaitan, ataupun ingin mengikut hukum Islam yang MENGHARAMKAN couple sebagaimana zina diharamkan…?

Hm hm hmmm…kitalah sebagai remaja yang patut menentukan hala tuju hidup. Sekian. . .


SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

~Sifat-sifat wanita ahli syurga~
Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. 

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. 


Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat. 

TeNtAnG AkU

salam...nama dlm i/c nor afidah tp nama samaran fida atau puteri salju.. aku dilahirkan di Gelang Patah, Johor pd 14 Oktober 1990. so, skg umo aku nak masuk 21 la kan..huhu...aku dibesarkan dlm keluarga yg sederhana dan diberi didikan agama yg cukup oleh mak dan arwah ayahku.Sebenarnya bila sebut jer psl arwah ayah mesti aku ase sdih sbb skg aku hnya ade mak dan adik-beradik jer..nak wat cm ne dh takdirnye begini, so aku harus teruskan hidup di muka bumi ini sebelum giliran aku plak tiba.Kalo nak cite psl hidup aku mmg xkan abis la mlm ni sbb terlalu banyak story about me..hehe..tp aku try pendekkan. Aku mula memasuki alam persekolahan ketika tinggal di Senai ,Johor. Belum sempat menghabiskan sesi persekolahan di situ aku terpaksa berpindah sekolah sbb mengikut ibu bapaku.selepas itu banyak sekolah gak la yg aku masuk..(cam nomad la plak kn)...huhu..lps abis skola rendah, aku memasuki alam persekolahan menengah plak di kwsn Taman Daya, JB hinggalah ke ting.5..then, aku dpt tawaran utk msuk ke ting 6 plak. mase tu mmg aku btul2 teringin nk msuk ting 6 la sbb aku x smbung diploma kn.kenangan masa ting 6 itu terlalu manis buat aku sbb di situ la personaliti aku mula berubah sedikit demi sedikit. aku try jd lbeh confident ble kt dpn khalayak. aku berjaya menamatkan ting 6 dgn result yg boleh thn la. pd bln Julai 2010 plak aku msuk ke Universiti Malaysia Sarawak iaitu tmpt aku blaja skg ni.aku hrp aku dpt menuntut ilmu Allah ini dgn sebaik mungkin. yela kan ble dh duk jauh dri family ni, kita kne ade pendinding diri spya x mudah leka dgn budaya kt tmpt bru cm kt srwk ni.Alhamdulillah, aku temui sahabat sejati yg slalu ade mse aku susah mahupun sng..dan aku amat bersyukur kpd Allah sbb sentiasa memandu aku ke jalan yg benar. hurmmmm...aku ase ckuplah setakat ni sje coretan aku mlm ni..mata aku pun dh berat minta dipejam..maafla kalo ade sape2 yg bace apa yg aku tulis ni mmg byk ksalahan tatabhs...juz nk cpt..
ok..see u nex time..salam...