Jumaat, 28 Januari 2011

USRAH DAN MATLAMATNYA

1.Pengenalan usrah:
Usrah dalam bahasa arab ialah keluarga .
Maksud perkataan usrah dalam pengertian kita ialah kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu muslim)yang beriman dengan agama Allah swt, berusaha tolong menolong antara satu sama yang lain untuk memahami dan menghayati islam.
Bilangan kehadiran adalah terhad diperingkat-peringkat tertentu, seperti peringkat majlis syura, ahli-ahli jawatankuasa ulama, dan lujnah-lujnah.

2.Tempat usrah:
Usrah boleh diadakan sama ada di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid , di surau, di musalla atau sebagainya.

3.Tujuan usrah:
a)Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap islam terhadap satu-satu masalah
b)Menambahkanpenghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran islam secara peribadi dan Jemaah.
c)Membina satu generasi islam yang mengenali islam sebagai “Din wa Daulah” , menghayatinya di dalam kehidupan peribadi , menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkan nya sebagai system hidup dalma keluarga, masyarakat dan Negara.
d)Membina generasi islam yang menegakkan akhlak islamiyyahdi dalam kehidupan dirid an sensitif terhadap segala perkara yang tidak islamik.
e)Membina generasi islam yang insaf dan sedar akan cabaran dan godaan yang berbagai bentuk yang mengancam kemurnian islam.
f)Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya.
g)Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-quran dan al-sunnah.
h)Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah swt , demi untuk mencari keredhaannya, mengharapkan pahala dan merasa gerun dengan seksaannya , bukan kerana segan dengan naqib usrah atau kumpulannya tetapi kerana ketaatan kepada Allah swt. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niatnya kemudian diikuti dengan amalannya sekalipun tanpa arahan dari sesiapa.
i)Menggiatkan dan menyelaraskkan usaha mempelajari dan memahami islam di kalangan anggota.
j)Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk islam demi kepentingan gerakan islam.
k)Memelihara organisasi dari dimasuki pemikiran yang keliru , sumbang dari musuh.
l)Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.


4.Pelaksanaan usrah
a)Usrah diadakan pada tiap-tiap minggu atau tiap-tiap dua minggu sekali dan merupakan program tarbiyyah yang tetap.
b)Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib @ naqibah.
c)Sembahyang berjemaah , berwiriid, membaca al-quran adalah rukun utama majlis usrah.
d)Sebaik-baiknya majlis usrah adalah mengikut cara berikut :
e)Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan di maklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
f)Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil suatu rumusan yang menjadi pegangan kepada semua dan usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan . perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit , sekiranya tajuk perbahasan memerlukan kepada pandangan pimpinan yang lebih tinggi , maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam Jemaah.
g)Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
h)Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar Negara.
i)Usrah dikehendaki bersurai sekitar jam 11 malam , sesudah membaca tasbih kafarah dan surratul Al ‘’asr.

5.Adab-adab usrah
a.Mengikhlaskan niat hanya kerana Allah swt.
b.Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah.
c.Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan.
d.Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan , bersih, suci serta sempurna.
e.Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syari’e , hendaklah segera memberitahu kepada naqib atau naqibah sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah.
f.Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup menunaikannya.
g.Mendahului majlis dengan membaca al-fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad saw.
h.Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib @ naqibah.
i.Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar.
j.Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu bersifat tenang dan serius.
k.Jangan banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan , bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
l.Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis, ini kerana keluar tanpa meminta izin adalah sikap orang munafiq.
m.Jangan sekali-kali bertengkar kerana ia merenggangkan ukhuwah.





1 ulasan:

  1. wah bagusnye..sy pun nk buat jgk pasal ni tapi rupenye dah ade org buat dulu..hehe.. :)

    BalasPadam